Saturday 1 October 2011

Tragedi Oktober...Suspen?? hihihi

 Assalammualaikummmmm...

Sambil2 melayan bola nih kan (ada 3 game yg aku tgh tengok serentak nih..) baru teringat ttg program diet yg aku nak join dlm bulan nih..bukan 1, tp 2 terus..biasalah..tamak..hihi..cam biasa, aku mmg berkobar-kobar bila menjoinkan diri..tp bila dh pertengahan jalan kdg2 ke laut gak..hihi..ape nama prgram tuh?..ni haaa...
  
'Maharani Atkins & Cabaran Turun 5 Kilogram'




Semasa 2 Minggu Induction (Diet Atkins)

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
 2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
 5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
 6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
 7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal...
 8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
 9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

Agak-agak, mampu ke aku nak elakkan semua benda2 kt atas nih??......


********************************************************
 Pastu..tengok plak senarai yg boleh dimakan aje sepanjang pgram nih...


1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
 2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
 3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
 5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun...
 6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
 7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
 8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
 9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet...
 10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Banyak sgt kan pantang-larangnya..tapi kalu NAK KURUS kenalah berkorban sikit..nanti bila dah kurus, sapa yg dpt hasilnya??...KITA JUGAKK...hihihi











2 comments:

ratusiput said...

good luck beb :)

Lily said...

heheh...thanks RS,.jom ler sesama jemaah beb?...